JOHOR BAHRU: Polis sedang melengkapkan kertas siasatan kes suami isteri dipercayai melakukan pengabaian selepas tidak menghantar anak lelaki mereka untuk rawatan kerana melecur akibat bermain api di timbunan sampah di Kampung Parit Kuchi, Pontian, 30 Dis lepas.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata kertas siasatan kemudian akan diserah kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat untuk tindakan lanjut.
Beliau berkata pasangan berusia 36 dan 33 tahun yang ditahan pada 2 pagi, Rabu lepas ketika memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian itu telah dibebaskan dengan jaminan polis.
"Siasatan awal mendapati, suami isteri ini merasakan memadai hanya membeli ubat di farmasi sahaja mungkin kerana melihat anak mereka boleh bertahan dengan ubat tersebut.
"Bagaimanapun siasatan masih dijalankan di bawah penganiayaan, mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.
BACA: Kanak-kanak melecur teruk tahan sakit 5 hari, disyaki diabai ibu bapa
Kamarul Zaman berkata kanak-kanak berusia sembilan tahun itu masih dirawat di Hospital Sultanah Aminah di sini dan berada dalam keadaan stabil.
Rabu lepas, Ketua Polis Daerah Pontian Supt Mohammad Shofee Tayib dilapor berkata terdapat kesan terbakar dan melecur di bahagian sendi, beberapa anggota badan di bahagian kanan badan hingga kaki, lengan kiri, kedua-dua paha dan telinga kanan mangsa akibat kejadian itu.
Mohammad Shofee dipetik berkata ibu bapa mangsa hanya membeli ubat tahan sakit serta ubat sapu di farmasi dan tidak membawa mangsa ke mana-mana hospital untuk rawatan.
Bagaimanapun, Mohammad Shofee berkata pihaknya mempercayai kanak-kanak itu tidak dibawa ke hospital untuk rawatan sebelum rakan kepada ibu mangsa yang mengetahui kejadian itu membuat laporan polis, Selasa lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 08 2023
Kanak-kanak berusia sembilan tahun itu masih dirawat di Hospital Sultanah Aminah di sini dan berada dalam keadaan stabil. - Gambar/ PDRM
Faisal Halim semakin positif, dijangka keluar hospital beberapa hari lagi
Faisal dijangka dapat kembali beraksi semula dalam tempoh tiga hingga enam bulan lagi bergantung kepada pemulihannya.
To Lam angkat sumpah Presiden baharu Vietnam
Presiden Vietnam yang baru dipilih, To Lam mengangkat sumpah jawatan pada Rabu.
Anak, bekas setiausaha politik MB Perlis didakwa esok - Azam Baki
Anak dan bekas setiausaha politik Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli akan didakwa atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu bernilai RM600,000, esok.
Anggota Rabbani, Nazrul Azhar meninggal dunia
Pemergian Nazrul disahkan menerusi kemas kini di akaun Facebook rasmi kumpulan itu, sebentar tadi.
Polis siasat wanita dakwa diri Imam Mahdi
Polis sedang menyiasat seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi seperti tular di media sosial sejak semalam.
Sambutan harmoni tanpa bimbang
Penganut Buddha bersama keluarga masing-masing mula mengunjungi kuil pada awal pagi bertujuan melaksanakan upacara keagamaan di Dewan Persatuan Buddha Gua Musang.
NRES tekad kukuh agenda pemuliharaan biodiversiti
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) bertekad untuk mengukuhkan agenda pemuliharaan biodiversiti di negara ini.
Kerajaan ambil langkah berhati-hati, elak rakyat terjejas
Penyelarasan subsidi dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan penghapusan subsidi diesel melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.
Sheriff: 'Watak dia sebenarnya tak kelakar' - Syafiq Yusof dedah sisi lain Zul Ariffin
Syafiq juga menyenaraikan dua pelakon wanita yang paling dia suka bekerjasama iaitu Elizabeth Tan dan Azira Shafinaz.
Suara Rakyat: Amukan gajah semakin menggila
Pekebun kecil terus menanggung kerugian, selepas dirosakkan gajah sejak empat bulan lalu.
Kanak-kanak lelaki melecur hampir seluruh badan dipanah petir
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun cedera dengan kesan melecur pada hampir seluruh badan akibat dipanah petir di Kampung Permatang Kerisek, Simpang Empat malam tadi.
Tong gas oksigen meletup: Dua beranak ditidurkan, stabil
Muhamad Firdaus Syawal Abdullah, 5, yang melecur 60 peratus dalam keadaan stabil dan sedang ditidurkan.
Budak perempuan melecur main mercun meninggal dunia
Kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang badannya melecur akibat disambar api ketika bermain bunga api dan mercun pada 12 April lalu di Kampung Senara, Kubur Panjang, meninggal dunia.
Kanak-kanak empat tahun melecur akibat mercun
Mangsa melecur lebih 46 peratus pada bahagian muka dan badan kini berada di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan.
Siasatan kes suami isteri abai rawatan anak melecur lengkap tidak lama lagi
Polis sedang melengkapkan kertas siasatan kes suami isteri dipercayai melakukan pengabaian selepas tidak menghantar anak lelaki mereka untuk rawatan kerana melecur.
Kanak-kanak melecur teruk tahan sakit 5 hari, disyaki diabai ibu bapa
Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menahan sakit lima hari kerana melecur di separuh bahagian badannya akibat bermain api di timbunan sampah berhampiran rumahnya.